Pelancaran Program MOHE X Shopee: Siswa Mall yang dirasmikan oleh YBM di UiTM

English translation not available for this content.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah melancarkan Program MOHE X Shopee: Siswa Mall yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi di UiTM pagi tadi.

Program ini merupakan kerjasama strategik antara KPT dan juga Shopee Malaysia dalam penyediaan latihan, kemahiran serta platform e-dagang Shopee bagi membimbing para usahawan siswa memulakan perniagaan mereka secara dalam talian.

Melalui kolaborasi ini, para usahawan siswa yang berjaya dilatih dan telah memulakan perniagaan di platform Shopee turut layak menerima “Pakej Bantuan Usahawan Siswa” yang dilengkapi dengan baucar kedai Shopee, kredit iklan serta manfaat lain yang dapat meningkatkan jualan mereka nanti.

Shopee Malaysia turut memberikan komitmen dalam pembangunan usahawan siswa apabila 100% dana yang diberikan KPT akan disalurkan terus melalui “Pakej Bantuan Usahawan Siswa” yang bakal memberi manfaat kepada 12 000 orang graduan merangkumi Universiti Awam, Swasta, Politeknik dan Kolej Komuniti.

Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut ialah Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Prof. Dato’ Dr. Husaini Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ts. Zainab Ahmad, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Prof. Ts. Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA, dan Kenneth Soh, Pengurus Kanan Pemasaran Shopee Malaysia.

  • Last updated on .
  • Hits: 7154
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 22:08:18.