Pendidikan Keusahawanan Kunci Penciptaan Pekerjaan Negara

Pendidikan Keusahawanan Kunci Penciptaan Pekerjaan Negara
English translation not available for this content.

Kementerian amat menekankan pendidikan keusahawanan yang dilihat berupaya menghasilkan pelajar yang mampu terlibat dalam penciptaan pekerjaan sebagaimana dinyatakan di dalam Pelan Tindakan Keusahawanan Institusi Pendidikan Tinggi 2021-2025.
Justeru, KPT menyeru semua pihak merentas bidang dan industri untuk mencipta jalinan kolaborasi dan tenaga dalam usaha membangunkan bakat negara yang memiliki kemahiran yang penting sebagai seorang usahawan.
YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT berkata demikian ketika melancarkan Program LaunchX- Program Pemecut Keusahawanan Mahasiswa anjuran Universiti Sunway di sini petang tadi.
Program yang mendukung semangat keserakanan diilhamkan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi tersebut telah memberi peluang kepada mahasiswa IPT awam dan swasta untuk menimba pengalaman, kemahiran dan kompetensi dalam mewujudkan lebih banyak syarikat pemula yang berkualiti.
Tambahnya lagi, program seperti ini mampu membentuk ekosistem keusahawanan yang sinergetik antara usahawan, ahli akademia,
industri, kerajaan dan komuniti dalam lanskap pendidikan tinggi negara, seterusnya dapat meningkatkan kualiti tenaga kerja negara.
Hadir sama YBrs. Puan Nooraidah Abdullah, TSUB, Bahagian Perancangan Strategik KPT; YBhg. Prof. Sibrandes Poppema, Presiden Universiti Sunway; dan YBrs. Encik Matt Van Leuwen, Ketua Sunway iLabs dan Inovasi Kumpulan Sunway.

  • Last updated on .
  • Hits: 3674
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:20:15.