Penjenamaan Semula KLMUC Sokong Usaha KPT Perkasa IPTS Tempatan

Penjenamaan Semula KLMUC Sokong Usaha KPT Perkasa IPTS Tempatan
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Haji Mohammad Yusof Apdal mengajak warga Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) untuk bersama-sama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam usaha memantapkan lagi sektor pendidikan tinggi swasta tempatan.

Usaha berikut perlu digembleng dan dilaksanakan sehingga Institusi-institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) Malaysia berjaya mendapat pengiktirafan dari dalam dan luar negara.

Beliau bercakap demikian ketika menyempunakan Majlis Penjenamaan Semula KLMUC di kampus baharunya di Wisma Hong Leong di ibu kota pagi tadi.

"Saya berharap pelancaran semula KLMUC yang memiliki lebih 30 tahun pengalaman ini akan membantu hasrat Kementerian dalam menyuntik minat seramai mungkin penuntut dan anak muda di negara ini untuk melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, dan bukan hanya belajar setakat sekolah menengah", ujar beliau.

Menurut beliau lagi, langkah ini bukan sahaja penting untuk meningkatkan profesionalime, malah perlu untuk mereka kekal relevan dan berdaya saing dalam mengukuhkan lagi hubungan dengan pelajar dan masyarakat setempat sebagai pusat kecemerlangan akademik dan penyelidikan.

Selain itu, KPT turut menyahut baik usaha murni pihak KLMUC mendakap inisiatif SULUNG yang telah diperkenalkan oleh kementerian apabila mereka mengumumkan akan menyediakan lima (5) tempat untuk anak pertama keluarga B40 dari Lembah Klang yang ingin sambung belajar dengan 100% pembiayaan pengajian percuma.

  • Last updated on .
  • Hits: 1583
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.