Peranan Media Dihargai, Menghubung Dasar Kerajaan Dengan Rakyat

Peranan Media Dihargai, Menghubung Dasar Kerajaan Dengan Rakyat
English translation not available for this content.

Jalinan kolaborasi di antara agensi kerajaan dan pengamal media penting agar dasar yang digubal dapat disampaikan kepada rakyat dengan tepat, sahih dan difahami.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah meraikan 170 orang pengamal media cetak, elektronik dan atas talian (online) bagi menzahirkan penghargaan atas segala sumbangan dan kerjasama mereka melalui Majlis Tautan Kasih Bersama Media yang diadakan malam ini.

YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah hadir memeriahkan majlis dan meluangkan masa beramah mesra bersama para pengamal media yang hadir sambil diiringi oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT; pegawai-pegawai kanan Bahagian dan ketua-ketua Jabatan/Agensi di bawah KPT; serta Naib-naib Canselor dari universiti-universiti sekitar Lembah Klang.

Pada majlis itu juga, KPT melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah memberi sumbangan dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang bernilai RM1,000 kepada 10 orang anak-anak pengamal media yang cemerlang dalam pendidikan dan kurang berkemampuan.

Pada majlis sama, pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengadakan perkongsian ilmu mengenai inisiatif pembelajaran sepanjang hayat (PSH), pendidikan fleksibel dan kursus jangka pendek melalui program APEL.A, APEL.C, APEL.Q dan micro-credentials yang ditawarkan oleh IPT bagi membolehkan pihak pengamal media meningkatkan ilmu bagi memenuhi keperluan industri.

  • Last updated on .
  • Hits: 2751
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 07 May 2024, 11:16:48.