Perdana Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga KPT, Mahasiswa Di Ipoh

Perdana Menteri Berbuka Puasa Bersama Warga KPT, Mahasiswa Di Ipoh
English translation not available for this content.

Petang tadi juga, Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir bersama Menteri Besar Perak, YAB Dato' Seri Saarani Mohamad telah mengiringi YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perak 2024.

Majlis anjuran bersama Kerajaan Negeri Perak dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tersebut turut dihadiri para pimpinan negeri, pengarah jabatan, wakil masyarakat, anak-anak yatim dan asnaf.

YAB Perdana Menteri turut berkesempatan beramah mesra dan menyapa dengan para mahasiswa dan pelajar dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sri Iskandar dan Politeknik Ungku Omar (PUO).

Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud; dan Ketua Setiausaha KPT, Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. 

  • Last updated on .
  • Hits: 811
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.