Program Pembangunan Siswa SULUNG Iltizam KPT Bantu Mahasiswa B40 Capai Cita-cita

Program Pembangunan Siswa SULUNG Iltizam KPT Bantu Mahasiswa B40 Capai Cita-cita
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan pelancaran Program Pembangunan Siswa SULUNG Keluarga Malaysia (SULUNG) bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor pagi tadi.
SULUNG merupakan insiatif yang diperkenalkan KPT bertujuan untuk memberikan peluang dan kemudahan melanjutkan pengajian di menara gading kepada generasi pertama yang cemerlang dalam kalangan keluarga B40 tetapi kurang berkemampuan.
Selain itu, SULUNG turut menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk dema siswa merangkumi yuran pengajian, yuran-yuran berkaitan, serta bantuan Elaun Sara Hidup dan bantuan komputer riba kepada penerima.
Bagi membantu kekal fokus dalam pengajian, mereka ini akan dibantu oleh Pembimbing SULUNG dan Penasihat Akademik serta turut diberikan kemudahan asrama sepanjang tempoh pengajian di UA.
Malah, kerjasama dengan pihak industri turut dicapai bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan siswa SULUNG ini supaya mudah mendapat peluang mendapat pekerjaan selepas graduasi nanti.
Untuk kohort 1 program SULUNG yang bermula Oktober ini, sebanyak 8 UA telah terpilih sebagai perintis iaitu UKM, UPM, UTM, UPSI, UMS, USIM UMP dan UniMAP.
Turut hadir YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, KSU KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, TKSU (Dasar) KPT, YBhg. Datuk Dr. Mohd. Zambry Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan), YBhg. Prof. Dato' Dr. Husaini Omar, KPPT, para Pengerusi Lembaga Pengarah UA, dan para Naib Canselor UA.

  • Last updated on .
  • Hits: 7910
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.