Program Sailability UMT Sasar Latih Komuniti OKU Jadi Atlet Layar Negara

Program Sailability UMT Sasar Latih Komuniti OKU Jadi Atlet Layar Negara
English translation not available for this content.

YB Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan kunjungan ringkas ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) petang semalam bagi melawat Rumah Kelab Komuniti Layar UMT yang terletak di Duyong Marina Resort.

UMT yang merupakan satu-satunya IPT tempatan yang memiliki pusat pelayaran telah menjadikan rumah kelab tersebut sebagai platform bagi melatih komuniti setempat agar terlibat lebih aktif dalam aktiviti sukan layar yang sinonim dengan masyarakat pantai timur.

Tambah menarik, pencapaian pusat tersebut turut berjaya melahirkan para pelajar yang telah bertanding di peringkat antarabangsa; melahirkan jurulatih kebangsaan yang bertauliah; serta penerbitan buku-buku teks yang menjadi rujukan sukan pelayaran Malaysia.

Ketika ini, UMT sedang membangunkan sebuah program latihan kemahiran khas khusus untuk pelajar dan komuniti OKU iaitu program Sailability bagi memberi peluang melahirkan atlet pelayar di bawah kategori "Handicap Sailing" yang seterusnya dapat membawa cabaran negara di peringkat antarabangsa kelak.

Program yang terlahir hasil daripada kepakaran, penyelidikan serta aktiviti-aktiviti UMT dalam bidang berfokuskan marin ini diharap dapat memberi haluan baharu kepada komuniti tersebut untuk berdikari serta mencapai potensi mereka.

Kredit Foto: Universiti Malaysia Terengganu

  • Last updated on .
  • Hits: 2033
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 07 May 2024, 17:07:26.