Sesi perjumpaan YBhg. Dato' Seri KSU bersama Personel MySTEP KPT Tahun 2022

English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi telah meluangkan masa mengadakan perjumpaan bersama para personel MySTEP di Dewan Za'ba pagi tadi.

Sesi perjumpaan tersebut telah menghimpunkan seramai 203 orang personel MySTEP KPT lantikan baharu yang berkhidmat di Kementerian Pengajian Tinggi untuk tahun 2022.

Dalam majlis tersebut, beliau telah memberikan penerangan tentang tugas, tanggungjawab dan peringatan sebagai seorang penjawat awam di bawah skim MySTEP.

Selain itu, beliau turut berkongsi harapan agar semua lantikan dapat menggembleng usaha menjayakan pelbagai program yang telah dirancang oleh Kementerian dan juga kerajaan.

Seterusnya, beliau bersama Tuan Haji Kamaruzaman Mahmood, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan KPT, dan Encik Mansor Ibrahim @ Abd. Hamid, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia KPT telah turut menjawab pelbagai soalan serta cadangan daripada mereka yang hadir.

  • Last updated on .
  • Hits: 5600
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.