SofBoD Perkukuh Jaringan Kerjasama Strategik Dan Memperkasakan Kepimpinan LPU Mengenai Tadbir Urus Universiti Awam
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi hari ini telah merasmikan Program Suai Tugas Strategik Ahli Lembaga Pengarah Universiti Awam (Strategic Onboarding for Board of Directors - SOfBoD) di Dewan Za’ba, KPT, Putrajaya.
Program ini diadakan bertujuan untuk memperkasakan kepimpinan Universiti Awam dan juga sebagai usaha untuk mengharmonikan peranan Lembaga Pengarah dan Pengurusan Universiti.
Melalui ucapannya, YB Menteri telah menekankan empat (4) peranan dan tanggungjawab utama Pengerusi dan ahli LPU iaitu :
1. Pengerusi dan ahli LPU adalah wakil Kerajaan dan kepentingan awam dalam IPTA.
2. LPU sebagai instrumen semak dan imbang yang sangat penting.
3. LPU mesti menggunakan pengalaman, pengaruh dan kepelbagaian jaringan mereka untuk melonjakkan prestasi universiti; dan
4. LPU mesti menjadi pihak paling bermaklumat, paling berpengalaman dan paling terkini melalui pelbagai latihan dan program pembangunan kapasiti.
Dalam majlis yang sama, YB Menteri turut melancarkan Modul Vice Chancellor Executive Coaching (VCEC) sebagai garis panduan kepada coach dalam mengendalikan sesi coaching kepada Naib Canselor yang dipilih.
- Last updated on .
- Hits: 3384