Tahniah, Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi

English translation not available for this content.

Tahniah, Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas kepada YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar yang secara rasminya memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi pagi ini.

Ketibaan beliau disambut YBrs. Dr. Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan) serta pegawai-pegawai tertinggi KPT.

Selepas majlis bacaan doa, beliau “clock in” melalui system biometrik.

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak telah melaporkan diri ke KPT selepas dilantik ke jawatan berkenaan berkuat kuasa 25 November 2021. Beliau juga telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi.

Beliau yang berkelulusan Sarjana Sains Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Muda (Komunikasi) Dengan Kepujian dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta Diploma Pengurusan Awam dari INTAN, menggantikan YBhg. Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff yang bersara wajib.

YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan pernah memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) di Kementerian Kerja Raya. Jawatan terakhir beliau sebelum pelantikan terkini ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

  • Last updated on .
  • Hits: 14062
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.