Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Hadiri Program Syarahan Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas

Timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Hadiri Program Syarahan Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud dan Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang menghadiri program syarahan ‘Extempore Speech On Islam: The Convenants Fulfilled’ yang disampaikan Tokoh Pemikir, YM Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas di Universiti Malaya malam tadi.

Program syarahan ilmu ini dianjurkan oleh Raja Zarith Sofiah Centre For Advanced Studies On Islam, Science and Civilisation (RZS-CASIS) dan Ta’dib International Foundation ini turut disertai lebih 1,000 peserta.

Dalam syarahannya, Tan Sri Syed Muhammad Naquib menjelaskan beberapa kefahaman yang penting mengenai agama Islam.

Ia termasuk keistimewaan nama agama Islam serta nama Allah yang tidak pernah disampaikan kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad SAW, sekaligus menegaskan kepentingan dan kemuliaan Nabi Muhammad sebagai Khatamul Anbiya.

Beliau juga turut menghuraikan kefahaman berkaitan Israk Mikraj. 

  • Last updated on .
  • Hits: 397
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 07 May 2024, 17:07:26.