TKSU (Dasar) KPT Tinjau Projek Pembangunan Di UMS Kampus Antarabangsa Labuan

TKSU (Dasar) KPT Tinjau Projek Pembangunan Di UMS Kampus Antarabangsa Labuan
English translation not available for this content.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian telah membuat lawatan kerja dua (2) hari ke Labuan bagi memantau pelaksanaan dan kemajuan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Lawatan kerja bermula semalam tersebut turut melibatkan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd. Ismail bagi membincangkan cadangan pelaksanaan program dan pembangunan berkaitan sektor pendidikan tinggi di situ.

Selain itu, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany turut meluangkan masa bertemu dengan wakil mahasiswa UMSKAL bagi mengetahui isu serta cabaran dalam proses pembelajaran mereka.

Turut sama Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Dr. Haji Mohd Zahari Ismail; serta Naib Canselor UMS, Datuk Prof. Dr. Kasim Hj Md. Mansur. 

  • Last updated on .
  • Hits: 468
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 29 April 2024, 18:21:44.