TVET Place & Train UTeM@KPT Sasar Lahir 30,000 Graduan TVET

TVET Place & Train UTeM@KPT Sasar Lahir 30,000 Graduan TVET
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah mengiringi Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan pelancaran program 'TVET PLACE & TRAIN UTeM@KPT' di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini petang tadi.

Program bersepadu melibatkan empat (4) pelantar utama tersebut dilaksanakan selaras dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu Negara 2030 (NIMP2030) yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada September lalu.

Disifatkan sebagai sebuah program bernilai tinggi, empat platform utama iaitu JELITA UTeM@KPT; UTeM-Industrial Playground; Industry-MTUN Cybersecurity Consortium; dan National Industrial Career Expo (NICE@UTeM), UTeM mensasarkan sekitar 30,000 tenaga kerja mahir dalam bidang TVET dapat dilahirkan kelak.

Malah, 'TVET PLACE & TRAIN UTeM@KPT' akan turut menyumbang kepada peningkatkan kebolehpasaran graduan (GE) bergaji premium di samping membantu komuniti dan negara secara keseluruhannya dalam menangani masalah pengangguran serta menyuntik pertumbuhan ekonomi mampan negara.

Pada majlis tersebut YAB TPM turut menyaksikan pertukaran Dokumen Memorandum Kerjasama (MoU/MoA) antara UTeM dengan pihak industri, serta Surat Minat (LoI) kerjasama UTeM bersama MARA Incorporated Sdn. Bhd.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab. Rauf Yusoh; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad; dan Naib Canselor UTeM, YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Massila Kamalrudin. 

  • Last updated on .
  • Hits: 830
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 03 May 2024, 17:19:48.