UiTM Shah Alam Juara Divisyen 1, Liga Bola Sepak IPT 2022/2023

English translation not available for this content.

Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam telah dinobatkan sebagai juara Divisyen 1, Liga Bola Sepak IPT 2022/2023 dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan trofi kemenangan. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pula muncul sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM12,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh Universiti Kebangsaan Malaysia manakala tempat keempat dan kelima dimenangi oleh UiTM Perlis dan Universiti Putra Malaysia.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Dr. Haji Megat Ahmad Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) hari ini telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Trofi Divisyen 1, Liga Bola Sepak IPT 2022/2023 dan Pengumuman Pasukan-pasukan Piala Menteri Pendidikan Tinggi 2023 di Dewan Za’ba, KPT.

Kejayaan bersejarah UiTM Shah Alam ini membolehkan mereka mengetuai 12 buah pasukan yang layak beraksi bagi merebut Piala Menteri Pendidikan Tinggi 2023. Liga musim ini menjadi lebih istimewa apabila dua (2) orang pemain daripada UiTM Shah Alam telah berkongsi gelaran Penjaring Terbanyak kejohanan.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Dr. Pekan Ramli, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik, KPT, Puan Salasiah Yusop, Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Pentadbiran, Pengurusetiaan & Jemaah Menteri, Bahagian Perancangan Strategik, KPT serta para atlet.

  • Last updated on .
  • Hits: 2819
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 19 April 2024, 16:56:01.