Pelaksanaan Audit Pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Peringkat KPT

English translation not available for this content.

Pengenalan kepada pelaksanaan EKSA bertujuan untuk mewujudkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan dinamik berasaskan kreativiti dan inovasi.

Bagi tujuan pengukuran kepada pelaksanaan EKSA, maka sesi pelaksanaan Audit Pensijilan EKSA peringkat KPT telah diadakan pada 14-15 Mac 2023 yang meliputi 13 zon mengikut komponen-komponen yang telah ditetapkan oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Pasukan Audit MAMPU diketuai oleh Puan Wan Rafidah Awg Isa, Ketua Penolong Pengarah Kanan dengan dibantu oleh Puan Selvakumari A/P Selvadasan dan Puan Raunah Ab Manaf.

Usai pertemuan bersama YBhg. Dato’ Dr Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Mesyuarat Pembukaan Audit Pensijilan bersama pihak MAMPU telah diadakan pada 14 Mac 2023 yang dipengerusikan oleh Puan Salasiah Yusop, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik manakala Mesyuarat Penutupan Audit Pensijilan telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Aini Andria Shirin Anuarudin, Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik pada petang ini di sini.

  • Last updated on .
  • Hits: 2560
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 02 May 2024, 17:12:18.