UM Dan UiTM Terima Naib Canselor Baharu

UM Dan UiTM Terima Naib Canselor Baharu
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyerahkan dua (2) watikah pelantikan Naib Canselor baharu kepada Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Universiti Malaya (UM) di pejabatnya hari ini.

YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin bin Sahib @ Sahibuddin telah menerima surat lantikan sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) baharu bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 2 November 2023 hingga 1 November 2026.

Manakala, YBhg. Dato’ Seri Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman pula telah dilantik sebagai Naib Canselor UM yang baharu bagi tempoh tiga (3) tahun berkuat kuasa mulai 6 November 2023 hingga 5 November 2026.

Hadir sama dalam sesi penyerahan tersebut Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman.

Kementerian Pendidikan Tinggi merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan ini. Syabas!

  • Last updated on .
  • Hits: 2916
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.