YB Menteri Adakan Lawatan Kerja Rasmi Ke USM
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan disambut oleh Pengurusan Tertinggi Universiti yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi Lembaga Gabenor USM dan YBhg. Prof. Dato' Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed, Naib Canselor USM.
Mengiringi YB Menteri adalah YBhg. Datuk Dr. Mohd Zabri Yusoff, TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan).
Lawatan kerja ini dimulakan dengan taklimat oleh YBhg. Prof. Dato’ Naib Canselor berkenaan pengoperasian serta perancangan USM sebagai sebuah universiti APEX yang bertanggungjawab untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu menghasilkan kajian dalam bidang R&D&C yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat sejagat.
YB Menteri dan delegasi KPT kemudian dibawa melawat reruai pameran di bangunan Minden 11800 yang mempamerkan pencapaian dan projek inovasi universiti di samping mengadakan pertemuan bersama rakan-rakan kolaborasi USM dengan industri dan komuniti.
- Last updated on .
- Hits: 2799