YB Menteri Dan Pengurusan Tertinggi KPT Mengadap Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

YB Menteri Dan Pengurusan Tertinggi KPT Mengadap Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir dan pengurusan tertinggi KPT mengadap DYMM Yang Di-pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di Istana Hinggap, Seremban, Negeri Sembilan pagi tadi.

Dalam sesi mengadap berkenaan, YB Menteri turut menyembah maklum beberapa perkara berkaitan pendidikan tinggi negara terutamanya berkenaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mana baginda merupakan Canselor universiti itu.

Turut dimaklumkan juga adalah hal berkaitan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan institusi pendidikan tinggi di Negeri Sembilan.

Turut sama dalam sesi mengadap adalah Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun dan Ketua Setiausaha KPT, Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. 

  • Last updated on .
  • Hits: 266
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Saturday 04 May 2024, 16:50:23.