YB Menteri Hadir Iftar Dan Santuni Warga OKU

YB Menteri Hadir Iftar Dan Santuni Warga OKU
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir hadir ke Majlis Iftar Cakna OKU yang berlangsung di Wadi Budi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Gombak.

Majlis Iftar Cakna OKU itu dianjurkan oleh Disability Services Unit (DSU) UIAM, Kesatuan Pelajar UIAM dan Kelab Ibn Ummi Maktum dan ia bersempena dengan sambutan Festival Ramadan 2.0.

Majlis berkenaan turut dihadiri beberapa Unit Kelainan Upaya dari beberapa buah Universiti Awam (UA) antaranya seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan beberapa lagi UA.

Para jemputan turut diisikan dengan pengisian forum berkenaan dengan cakna golongan OKU.

Bekas Senator Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Ras Adiba Radzi turut dijemput sebagai panelis.

YB Menteri turut tidak melepaskan peluang untuk menyantuni dan beramah-mesra dengan pelajar-pelajar OKU yang hadir sebelum majlis berbuka puasa. Seramai 200 orang pelajar hadir yang mewakili persatuan kelainan upaya daripada beberapa buah UA. 

  • Last updated on .
  • Hits: 490
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Saturday 04 May 2024, 16:50:23.