YB Menteri Turun Padang Meriahkan Reruai KPT Di Putrajaya Open Day 2024

YB Menteri Turun Padang Meriahkan Reruai KPT Di Putrajaya Open Day 2024
English translation not available for this content.

Hari kedua penyertaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di Putrajaya Open Day 2024 (POD 2024) telah diserikan dengan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir ke reruai kementerian tengah hari tadi.

Beliau telah diiringi oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT yang menjalankan fungsi Ketua Setiausaha, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian; TKSU (Pengurusan dan Pembangunan) KPT, Mohamad Azhan Md. Amir; serta para pengurusan tertinggi kementerian dan agensi.

Di situ, beliau telah meninjau pengisian dan pameran yang disediakan oleh KPT bagi menarik kehadiran para pengunjung.

Suasana di reruai turut meriah apabila YB Menteri berbesar hati untuk menyertai demonstrasi 'barista cafe' Inspired Kitchen bersama para pelajar Kolej Komuniti Selayang.

Seterusnya, beliau bersama yang lain meluangkan masa ke reruai kementerian dan agensi kerajaan lain yang turut sama menjayakan POD 2024 sehingga Ahad nanti. 

  • Last updated on .
  • Hits: 397
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 02 May 2024, 17:12:18.