YB Timbalan Menteri Agih Bubur Lambuk Kepada Warga KPT Sempena Bulan Ramadan

YB Timbalan Menteri Agih Bubur Lambuk Kepada Warga KPT Sempena Bulan Ramadan
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menyempurnakan Majlis Agihan Bubur Lambuk kepada warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang diadakan di pekarangan lobi petang tadi.

Sesi merewang bermula seawal pukul 11 pagi dan sebanyak tiga (3) kawah bubur lambuk disediakan untuk diagihkan kepada seluruh warga dan pengurusan KPT. Selain itu, YB Timbalan Menteri juga tidak melepaskan peluang untuk turut mengacau bubur lambuk semasa sesi aktiviti rewang tersebut.

Aktiviti agihan bubur lambuk ini dilihat dapat mengeratkan hubungan antara kepimpinan tertinggi kementerian dan warga yang lain.

Turut hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Dasar, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian. 

  • Last updated on .
  • Hits: 474
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.