YB Timbalan Menteri Di Awani Pagi Kupas Penganjuran Program Semarak Kampus Madani

YB Timbalan Menteri Di Awani Pagi Kupas Penganjuran Program Semarak Kampus Madani
English translation not available for this content.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan memulakan siri jerayawara Semarak Kampus MADANI yang telah dicetuskan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir dalam Majlis Landasan Hala Tuju KPT 2024 lalu.

Program jelajah turun padang ke seluruh negara tersebut akan bermukim di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Awam dan Swasta, Politeknik dan juga Kolej Komuniti mengikut 16 zon yang telah ditetapkan dengan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) terpilih sebagai tuan rumah pusingan pertama esok.

Bagi menerangkan lebih lanjut mengenai objektif program tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah ke udara untuk diwawancara dalam rancangan AWANI PAGI di ASTRO AWANI tadi.

Beliau turut mengupas berkenaan pengisian dan aktiviti yang telah dirangka merangkumi keterlibatan para akademik, pelajar, industri, kerajaan tempatan serta masyarakat.

Manakala, Ketua Komunikasi Korporat KPT, Encik Mohamad Hafizi Rosli, turut mempromosikan mengenai penganjuran program Semarak Kampus MADANI di rancangan Apa Khabar Malaysia, BERNAMA TV pagi tadi. 

  • Last updated on .
  • Hits: 385
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 22:08:18.