YB Timbalan Menteri Kunjungi Concept Ecotech Sdn. Bhd.

YB Timbalan Menteri Kunjungi Concept Ecotech Sdn. Bhd.
English translation not available for this content.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah membuat lawatan ke Concept Ecotech Sdn. Bhd.

Diiringi Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Encik Mohamad Azhan bin Md. Amir lawatan beliau telah disambut oleh Ketua Pengarah Concept Ecotech Sdn. Bhd. Dr. Patrick Chong.

Dalam sesi taklimat yang disampaikan, YB Timbalan Menteri telah diberi penerangan berkenaan proses penghasilan karbon teraktif yang juga dikenali sebagai arang teraktif berasaskan tempurung kelapa.

Karbon teraktif ini juga digunakan untuk menapis bahan cemar daripada air dan udara serta pelbagai kegunaan lain.

Dengan pengalaman yang lebih selama 40 tahun dalam industri ini syarikat berupaya mengekport bekalan karbon teraktif ke beberapa negara seperti Jerman, China dan Korea. 

  • Last updated on .
  • Hits: 430
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 07 May 2024, 17:07:26.