YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim Dilantik Pengerusi PTPTN Baharu

YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim Dilantik Pengerusi PTPTN Baharu
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyerahkan surat pelantikan kepada YBhg. Datuk Norliza Abdul Rahim sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baharu di pejabatnya pagi tadi.

YBhg. Datuk Norliza punya pengalaman lebih 3 dekad dalam sektor hartanah merangkumi pembangunan, pengurusan harta serta dasar perumahan awam yang melibatkan sektor kerajaan dan juga swasta.

YB Menteri dalam hantarannya turut merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada YBhg. Datuk Norliza di samping mengharapkan beliau mampu menerajui PTPTN dalam memperkasa fungsi dan peranannya bagi mengurus pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pendidikan tinggi dengan strategik dan inovatif.

  • Last updated on .
  • Hits: 4297
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.