YBM Kongsi Fokus Baharu KPT Di Program "Naratif Khas" RTM

YBM Kongsi Fokus Baharu KPT Di Program "Naratif Khas" RTM
English translation not available for this content.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah hadir ke program bual bicara "Naratif Khas" terbitan RTM di sini malam tadi.

Beliau telah membincangkan berkenaan topik "Pulih dan Perkukuh Pengajian Tinggi Negara" bersama hos, Sayed Munawar Sayed Mustar dalam halatuju KPT memperkasakan dunia pendidikan tinggi negara mendepani cabaran masa hadapan.

Antara isu yang telah dikupas berkaitan IPT oleh YB Menteri ialah berkenaan kuasa autonomi; misi mencapai ranking; keberkesanan kepimpinan di kalangan pentadbir dan lembaga pengarah Universiti; serta kebolehupayaan siswazah tempatan di arena global.

Selain itu, beliau turut menerangkan mengenai usaha mengemaskini serta menjajarkan dasar-dasar sedia ada kementerian berdasarkan 11 azam baharu yang telah diumumkan dalam Majlis Amanat Tahun 2023 beliau minggu lalu.

Kehadiran beliau telah turut disantuni oleh YBrs. Encik Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia.

  • Last updated on .
  • Hits: 3101
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 22:08:18.