YBM Menyampaikan Hadiah Pemenang Kejohanan Esport

YBM Menyampaikan Hadiah Pemenang Kejohanan Esport
English translation not available for this content.

YB. Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi telah menyempurnakan majlis penyampaian hadiah Kejohanan ESport 2022 bersempena program KPT Prihatin Keluarga Malaysia@Johor yang diadakan di Dewan Sri Sulong petang tadi.

Kejohanan anjuran Seksyen Sukan KPT dengan kerjasama Rentaqa ESport Malaysia tersebut telah menarik penyertaan ramai remaja dari komuniti sekitar Batu Pahat.

Untuk edisi ini, sebanyak 17 pasukan telah berentap dalam permainan PUBG Mobile bagi memenangi 4 tempat teratas.

Rentaqa Origin telah dinobatkan sebagai juara kejohanan ini diikuti VEA Glorius sebagai naib johan, manakala Lexq Fute dan Teenagers, masing-masing di tempat ke-3 dan ke-4.

  • Last updated on .
  • Hits: 5306
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.