YBM Saksi MoU Antara JPPKK & MTUN

YBM Saksi MoU Antara JPPKK & MTUN
English translation not available for this content.

YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi hari ini telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) di Hotel Tenera, Bangi.

Kolaborasi strategik antara MTUN dan JPPKK bakal memberikan ruang dan peluang untuk pelajar menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih komprehensif melalui kursus-kursus yang ditawarkan oleh kedua-dua institusi MTUN dan JPPKK seterusnya dapat meningkatkan pengambilan lepasan politeknik ke MTUN.

Kolaborasi ini juga berupaya menjadi pemangkin untuk mengekalkan kelestarian bidang TVET pada masa hadapan, di samping memastikan kesinambungan laluan akademik pelajar politeknik dan kolej komuniti selepas mereka tamat pengajian sehingga ke peringkat tertinggi.

YB Menteri turut menyarankan agar Centre of Excellent (COE) MTUN dan Centre of Technology (COT) Politeknik berpadu usaha untuk menggiatkan lagi aktiviti kolaborasi, perkhidmatan kepakaran serta penyelidikan dan inovasi. Ini seiring dengan aspirasi Kementerian untuk memasyarakatkan TVET.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Dr. Haji Megat Sany Bin Megat Ahmad Supian, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBrs. Dr. Mohd Zabri Bin Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan Dan Pembangunan) KPT, Ts. Zainab binti Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti serta pegawai-pegawai kanan KPT, MTUN dan JPPKK.

  • Last updated on .
  • Hits: 5270
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.