Kaedah Permohonan Sempena Pembukaan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) 2021

English translation not available for this content.

Kaedah Permohonan :

  1. Permohonan penubuhan Konsortium Kecemerlangan Penyelidikan (KKP) hendaklah dibuat dengan melengkapkan dokumentasi berikut bermula pada 13 April 2021 (Selasa) sehingga 27 Mei 2021 (Khamis).

  2. Perincian penyelidikan di dalam Borang A serta B hendaklah difokuskan kepada satu (1) bidang nic daripada 14 bidang nic yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan panduan permohonan KKP perlu merujuk kepada pdf Lampiran F - Garis Panduan KKP 2021 (660 KB) .

  3. Semua permohonan hendaklah disemak oleh Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dan diperakukan oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) bagi Ketua KKP masing-masing.

  4. Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) bagi Ketua KKP perlu mengisi butiran KKP masing-masing melalui pautan https://forms.gle/FWGotAqNzJ1xXkJx7.

  5. Hanya CoE yang memenuhi syarat am permohonan sahaja yang layak untuk mengemukakan dua (2) hardcopy Borang A dan Borang B beserta dokumen sokongan kepada urus setia KPT.

    Dokumentasi Permohonan KKP haruslah dikemukakan kepada urus setia selewat-lewatnya pada 27 Mei 2021 (Khamis), jam 12.00 tengah hari.

  6. Sebarang kelewatan penghantaran softcopy dan hardcopy permohonan akan menyebabkan permohonan TIDAK dipertimbang untuk proses selanjutnya.

  7. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi :

    Puan Aini Dayana binti Md Ali
    03 – 8870 6962
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Cik Aisyah Abibah binti Mohamad Radzali
    03 – 8870 6967
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Last updated on .
  • Hits: 12014
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 22:08:18.