Pertandingan Menulis Karangan Peringkat Antarabangsa Untuk Golongan Belia Anjuran Goi Peace Foundation, Jepun Tahun 2022

English translation not available for this content.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Goi Peace Foundation, Jepun menerusi Kementerian Luar Negeri (KLN) telah memanjangkan hebahan berhubung penganjuran 2022 International Essay Contest for Young People. Pertandingan menulis karangan ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Goi Peace Foundation untuk mempromosikan keamanan menerusi budaya dan menggalakkan pembangunan mampan.

Selaras dengan perkara tersebut, pihak penganjur telah menjemput para pelajar, murid sekolah, serta ahli pertubuhan belia di Malaysia untuk menyertai pertandingan tersebut. Penyertaan bagi pertandingan ini akan dibuka sehingga 15 Jun 2022 di mana tema yang telah ditetapkan bagi tahun 2022 adalah My Values”.

Bersama-sama ini dikemukakan lampiran yang berkaitan untuk perhatian dan rujukan pihak YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan jua.

Muat Turun:

pdf Goi Peace Foundation (2.26 MB)

  • Last updated on .
  • Hits: 5616
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 22:08:18.