Tawaran Program Biasiswa di bawah Tajaan Bank Pembangunan Islam (ISDB) bagi Tahun Akademik 2021 / 2022

English translation not available for this content.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/ Dato’/ YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara tersebut di atas.

  1. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Bank Pembangunan Islam (IsDB) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon biasiswa dalam bidang berkaitan bagi tahun akademik 2021 / 2022. Turut dimaklumkan bahawa tawaran biasiswa ini meliputi bayaran yuran pengajian, kos sara hidup bulanan, kos perubatan di hospital universiti / kerajaan serta tiket penerbangan pergi-balik di kelas ekonomi. Penerima biasiswa juga adalah turut terikat kepada syarat untuk membayar balik 50% daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan pengajian setelah menamatkan pengajian dan berjaya mendapatkan pekerjaan yang menguntungkan.

  2. Perincian berhubung tawaran tersebut adalah seperti yang berikut:

    Peringkat Pengajian:

    Mode Pengajian : Sepenuh masa

    Tarikh Tutup Permohonan : 28 Februari 2021 (Ahad)

  3. Calon-calon yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tawaran biasiswa tersebut dan mengemukakan permohonan melalui laman sesawang IsDB di www.isdb.org/scholarship. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung penawaran biasiswa ini boleh dibuat melalui e-mel secara terus kepada pihak IsDB di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Sekian.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menjalankan amanah,

Bahagian Hubungan Antarabangsa
Kementerian Pengajian Tinggi

  • Last updated on .
  • Hits: 2843
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 29 April 2024, 18:21:44.