English translation not available for this content.

 

KENYATAAN AKHBAR 
GARIS PANDUAN PERMOHONAN PAS PELAJAR ANTARABANGSA KE INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA



OLEH
YBHG. DATO’ SERI IR. DR. ZAINI BIN UJANG
KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

  1. Dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi antarabangsa, Kabinet telah memberi kelulusan untuk mempermudahkan prosedur kemasukan pelajar antarabangsa ke insititusi pendidikan tinggi di Malaysia.

  2. Kemudahan baharu yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kepada pelajar antarabangsa adalah seperti berikut:
    1. Pelajar antarabangsa dibenarkan memohon sendiri pas pelajar secara online kepada Education Malaysia Global Services (EMGS); dan
    2. Tempoh pas pelajar antarabangsa dikeluarkan mengikut tempoh pengajian yang ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK).

  3. Penambahbaikan kepada kaedah sedia ada ini adalah hasil daripada kerjasama KPT dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Luar Negeri (KLN), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan EMGS.

  4. Pelajar antarabangsa dikehendaki mematuhi syarat-syarat berikut:

    1. Pelajar dikehendaki mengikuti kursus pengajian secara sepenuh masa berdasarkan tahap yang dinyatakan dalam Kerangka Kelayakan Malaysia.
    2. Bagi permohonan baharu, pelajar perlu mendapatkan surat tawaran kursus pengajian dari IPT yang dipohon dan memiliki passport atau dokumen perjalanan yang masih dalam tempoh sah laku.
    3. Bagi pelajar sedia ada, pas pelajar akan diberi mengikut baki tempoh pengajian sebagaimana dinyatakan dalam surat tawaran tertakluk pada tempoh sah laku passport atau dokumen perjalanan.

  5. Kemudahan yang diberikan ini akan berkuat kuasa mulai 15 Mac 2016 dan terpakai kepada semua IPT yang beroperasi di Semenanjung Malaysia sahaja. Garis panduan berhubung perkara ini telah dikeluarkan pada 11 Mac 2016. 



    KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
    Putrajaya

    14 Mac 2016

  • Last updated on .
  • Hits: 25492
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 21:15:17.