MoHE - Kemalangan Bot Terbalik Yang Menyebabkan Seorang Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) Meninggal Dunia

Broadcast

Ministry's latest announcement information
English translation not available for this content.
Logo KPT 200x150   Black

KENYATAAN AKHBAR

KEMALANGAN BOT TERBALIK YANG MENYEBABKAN SEORANG MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) MENINGGAL DUNIA


Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga seorang mahasiswa dari Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nurnasibah Husna binti Ibrahim yang berasal dari Kampung Alor Pasir, Pasir Puteh, Kelantan atas kemalangan bot terbalik yang berlaku berhampiran muara jeti Kuala Besut, Terengganu.

Kemalangan berlaku adalah dipercayai kerana motor shaft (kipas bot) patah dan menyebabkan bot tidak dapat dikawal dan terbalik. Mahasiswa tersebut menghadiri program anjuran sebuah badan NGO. Pihak Kementerian amat prihatin dan berdukacita atas insiden yang berlaku. Jenazah akan dikebumikan di kampong asal beliau di Pasir Puteh, Kelantan malam ini.

Kementerian ini memandang serius terhadap insiden yang telah berlaku dan telah mengarahkan pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk menghubungi keluarga mangsa dan mengambil tindakan segera dalam urusan kebajikan mangsa dengan memberikan bantuan serta pertolongan yang diperlukan.

Sekian

Kementerian Pendidikan Tinggi
Putrajaya

8 Ogos 2017

  • Last updated on .
  • Hits: 4832
MoHE Logo
Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved
Last Modified: Monday 06 December 2021, 12:54:04.