English translation not available for this content.
logo kpt black

KENYATAAN MEDIA

SETIAP IPT AWAM DAN SWASTA RANGKA SENDIRI
GARIS PANDUAN AKTIVITI HIBURAN (KONSERT)


Berhubung dengan Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert) di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang sebelum ini tular di media sosial, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) ingin menegaskan bahawa ia adalah masih di peringkat saranan sebagai rujukan IPT dalam membangunkan garis panduan masing-masing.

Selaras pengumuman Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin supaya garis panduan menjalankan aktiviti hiburan (konsert) di IPT perlu dirangka dan disediakan oleh IPT melalui penglibatan Majlis Perwakilan Pelajar/ Kesatuan Mahasiswa (MPP/KM), JPT sehubungan dengan ini mengarahkan Pengurusan IPT untuk memastikan MPP/KM dilibatkan dalam proses perangkaan garis panduan agar ianya mengambil kira suara dan keperluan mahasiswa serta kesesuaian di setiap IPT dan lokaliti sebelum ia diguna pakai secara rasmi di peringkat IPT masing-masing.

Ruang dan peluang yang diberikan kepada pelajar ini sebagai elemen pemerkasaan mahasiswa selaku pemegang taruh utama. Hal ini sekali gus menepati langkah agenda pemerkasaan mahasiswa yang sedang dibawa oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi.

Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
5 September 2023

Muat Turun:

pdf Kenyataan Media Setiap IPT Awam Dan Swasta Rangka Sendiri Garis Panduan Aktiviti Hiburan (Konsert).pdf (76 KB)

  • Last updated on .
  • Hits: 5826
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 22 September 2023, 15:03:40.