Laporan Status Semasa Pergerakan Pelajar IPT

English translation not available for this content.

Seramai 88 orang pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) dijadualkan berlepas dari 5 pusat pelepasan yang terdiri daripada IPT di sekitar zon utara untuk pulang ke kediaman masing-masing di zon tengah malam ini.

Lima pusat pelepasan tersebut ialah Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Merbok,  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Pergerakan pelajar ke lapan destinasi di zon tengah  akan bermula dari pusat pelepasan pada jam 9 malam menggunakan perkhidmatan 15 buah bas yang telah disanitasi. Daripada jumlah tersebut, satu buah bas menuju ke Gombak, dua buah bas ke Putrajaya,  dua buah bas ke Hulu Selangor, satu buah bas ke Klang Utara, tiga buah bas ke Kuala Langat, dua buah bas ke Kuala Selangor, dua buah bas ke Sabak Bernam dan dua buah bas ke Sepang.

Secara keseluruhannya, satu buah bas menuju ke Kuala Lumpur, 12 buah bas ke Negeri Selangor dan dua buah bas lagi ke Putrajaya.

Seorang wakil keluarga akan menjemput pelajar di Ibu Pejabat Polis(IPD)/Pejabat Daerah yang telah dikenalpasti. Bagi keluarga yang tidak dapat menjemput pelajar di lokasi ketibaan, urusan penghantaran pelajar akan diuruskan oleh agensi kerajaan yang terlibat.

Taburan pelajar yang berlepas dari pusat pelepasan IPT adalah seperti berikut: 37 dari UUM, 17 dari UiTM Merbok, 12 dari UiTM Pulau Pinang, 6 dari UNIMAP dan 16 dari USM.

Para pelajar yang bercadang untuk pulang, yang telah memohon kepada pihak IPT untuk pulang serta pelajar yang telah sampai ke destinasi yang dituju diminta untuk mengisi maklumat pemohon, maklumat universiti, alamat semasa dan maklumat destinasi melalui pautan https://iptpulang.malaysia.gov.my/. Data ini akan menjadi rujukan utama berkenaan usaha pergerakan pelajar IPT di seluruh negara.

DATO’ DR. NORAINI AHMAD

MENTERI PENGAJIAN TINGGI

28 APRIL 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 10257
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 25 April 2024, 18:19:27.