Pemansuhan Pengeluaran Sijil Sokongan Luar Negara (No Objection Certificate, NOC) Dan Surat Tiada Halangan (Clearance Letter, CL)

English translation not available for this content.
Kementerian Pengajian Tinggi telah memutuskan untuk memansuhkan pengeluaran Sijil Sokongan Luar Negara (SSLN) dan Surat Tiada Halangan (STH) berkuat kuasa serta merta.
 
Tujuan asal pengeluaran SSLN dan STH adalah sebagai mekanisme kawalan terhadap kualiti pelajar Malaysia yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah di luar negara. Walau bagaimanapun, terdapat pihak-pihak tertentu yang didapati menyalahgunakan serta menciplak dokumen tersebut untuk kepentingan sendiri.
 
Sehubungan itu, SSLN dan STH tidak akan dikeluarkan lagi oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian di luar negara dinasihatkan supaya memastikan institusi pengajian tinggi luar negara serta program yang dipilih atau ditawarkan adalah yang diiktiraf.
 
Pelajar boleh merujuk laman web Sistem Pengiktirafan Kelayakan Perkhidmatan Awam (eSisraf) (www2.mqa.gov.my/esisraf/) untuk mendapatkan senarai Sijil, Diploma dan Ijazah Pertama luar negara yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia bagi tujuan permohonan dan pelantikan jawatan dalam perkhidmatan awam. Pelajar juga digalakkan untuk membuat semakan dan mendapatkan pengesahan tentang status pengiktirafan kelayakan yang dianugerahkan oleh pemberi pendidikan tinggi luar negara daripada pihak berkuasa dan badan jaminan kualiti negara tersebut.

 Sila hubungi alamat dan talian berikut untuk sebarang pertanyaan:

BAHAGIAN EDUCATION MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN TINGGI

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

ARAS 4, NO.2, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62200 PUTRAJAYA

No. Tel.: 03-8870 6000

E-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.  

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

24  Julai 2020

  • Last updated on .
  • Hits: 15396
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Friday 26 April 2024, 18:41:18.