Kerajaan Perkenal Inisiatif Pemerkasaan Wanita MADANI

Kerajaan Perkenal Inisiatif Pemerkasaan Wanita MADANI

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang turut disertai oleh YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT di sini hari ini.

Tahun ini tema KASIH Wanita telah dipilih sebagai tema sambutan yang menggunakan akronim K.A.S.I.H iaitu Kasih sayang; Akhlak mulia; Sihat; Ilmu; dan Harmoni sesuai dengan usaha Kerajaan memperkasa wanita dan mengarus perdana gender bagi mencapai kesejahteraan bersama selaras hasrat Malaysia Madani melalui kesejahteraan rakyat serta keterangkuman sosial.

Dalam ucapannya, YAB PM turut mengumumkan enam (6) inisiatif pemerkasaan Wanita Madani bagi membangunkan masyarakat secara inklusif agar berdaya saing dalam menghadapi cabaran global, antaranya program i-Sayang di bawah KWSP; Tabung KASIH Wanita untuk golongan B40; penganjuran Konvensyen Wanita Madani; serta pengenalan Garis Panduan Pelaksanaan Program Advokasi Antigangguan Seksual.

Selain itu, inisiatif tersebut turut mengukuhkan usaha Kerajaan dalam mewajibkan pelantikan 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan di Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dengan memperkenalkan garis panduan serta tatacara pelaksanaan yang berkaitan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 4278
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Khamis 25 April 2024, 18:19:27.