KPT Hantar Sukarelawan Pasca Banjir Batu Pahat

KPT Hantar Sukarelawan Pasca Banjir Batu Pahat

Pagi tadi telah berlangsungnya majlis flag off pelepasan kenderaan konvoi para sukarelawan penjawat awam bagi pengurusan pasca banjir Batu Pahat yang telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Dataran Putra.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT serta pengurusan tertinggi Kementerian telah turut sama menghadiri majlis tersebut sebagai tanda sokongan kepada para sukarelawan dari KPT.

Pada majlis yang lain, YBhg. Dato' Seri KSU telah turut melakukan upacara flag off konvoi 20 buah kenderaan yang membawa sukarelawan Kementerian untuk misi ini di Menara KPT.

Untuk misi ke Batu Pahat ini, seramai 90 orang sukarelawan telah menawarkan diri yang terdiri daripada para kakitangan merentasi pelbagai jawatan dan jabatan dari KPT di bawah payung #KPTCakna

Beliau turut meniupkan kata-kata semangat dan penghargaan kepada para sukarelawan serta mendoakan keselamatan mereka sepanjang berkhidmat di Batu Pahat.

Selain itu, beliau berharap para sukarelawan turut dapat menyebarkan semangat #KPTCakna kepada semua mangsa yang memerlukan.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 2205
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Selasa 07 Mei 2024, 17:07:26.