KPT Terus Membudaya Aktiviti Sihat Dengan 10,000 Langkah
Warga Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus membudaya gaya hidup sihat dengan menyertai program ‘KPT SIHAT: 10,000 LANGKAH’ yang berlangsung di Presint 5 dan 6 Putrajaya petang tadi.
Acara yang bermula dari perkarangan lobi KPT itu menarik lebih 100 orang warga KPT dengan diketuai oleh Ketua Setiausaha (KSU), YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang.
Menurut KSU, aktiviti riadah ini perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian warga kerana ia memberi manfaat kepada kesihatan fizikal dan mental serta dapat mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.
Beliau turut menyeru agar lebih ramai lagi warga kementerian serta penduduk sekitar Putrajaya menyertai program sebegini untuk melahirkan komuniti sihat dan hidup sejahtera.
Turut bersama ialah Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Dasar, Dato' Dr. Haji Megat Sany Megat Ahmad Supian dan TKSU Pengurusan dan Pembangunan, Mohamad Azhan Md. Amir.
- Terakhir dikemaskini pada .
- Hits: 1496