Pelantikan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Baharu Pacu Penyelidikan Dan Inovasi Pertanian Negara

Pelantikan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Baharu Pacu Penyelidikan Dan Inovasi Pertanian Negara

YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi telah menyampaikan surat lantikan kepada YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) yang baharu di pejabatnya pagi tadi. Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 2 Oktober 2023.

Pelantikan YBhg. Dato’ Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah adalah berasaskan kepada pengalaman luas beliau dalam pentadbiran peringkat universiti awam dan agensi persekutuan. Ini akan memacu UPM untuk berada di atas trajektori sebenar sebagai sebuah universiti penyelidikan yang berfokuskan kepada pertanian. Beliau juga dilihat berkeupayaan untuk meletakkan UPM ke satu tanda aras baharu dalam ekosistem pendidikan tinggi khususnya bagi merealisasikan agenda sekuriti makanan negara.

Turut sama dalam majlis serahan tersebut ialah YBrs. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1308
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Sabtu 04 Mei 2024, 16:50:23.