YB Menteri Serah Watikah Naik Taraf Kolej Universiti Kings

YB Menteri Serah Watikah Naik Taraf Kolej Universiti Kings

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menyerahkan watikah naik taraf kepada Kolej Kings sebagai sebuah kolej universiti swasta yang kini dikenali sebagai Kolej Universiti Kings pagi tadi.

Penyerahan watikah tersebut telah diterima oleh Ketua Eksekutif Kolej Universiti Kings, YBhg. Prof. Dr. Mohamad Salmi Mohd Sohod dan berkuatkuasa mulai 26 Mei 2023.

YB Menteri merakamkan ucapan tahniah atas pencapaian Kolej Universiti Kings dan berharap status baharu mereka dalam sektor Institusi Pendidikan Tinggi swasta akan merancakkan lagi agenda pemerkasaan pendidikan tinggi negara.

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 1809
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Rabu 30 Oktober 2024, 10:30:11.

logo-sirim