logo kpt black

TEKS UCAPAN

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED NORDIN
MENTERI PENDIDIKAN TINGGI

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGERUSI JAWATANKUASA PENASIHAT KOLEJ KOMUNITI (JPENKK) NEGERI SEMBILAN

10 JULAI 2023


Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,

  1. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini.
  1. Sememangnya program pada hari ini adalah sesuatu yang Ini kerana, di pihak Kementerian Pendidikan Tinggi, Kolej Komuniti adalah institusi yang mempunyai peranan yang tersendiri.
  1. Peranan yang besar, unik dan startegik.
  1. Jika universiti dan politeknik menjadi institusi konvensional yang utama dalam sektor pendidikan tinggi untuk mengeluarkan graduan diploma dan ijazah, Kolej Komuniti pula menggalas peranan kritikal dalam konteks mengupayakan masyarakat keliling.
  1. Walaupun Kolej Komuniti berada di bawah cakupan pendidikan tinggi, sebenarnya peranan institusi ini berbeza dengan politeknik dan universiti.
  1. Malah, matlamat dan sasarannya juga berbeza.
  1. Jadi, adalah penting untuk kolej komuniti memahami dengan jelas mandat dan fokusnya yang sebenar.
  1. Untuk itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan beberapa fungsi dan peranan yang kementerian mahu kolej komuniti kita fokuskan.
  1. Pertama, kolej komuniti harus menjadi medan pengajian sepanjang hayat kepada semua.
  1. Kolej komuniti adalah pusat yang seharusnya dipilih oleh sesiapa sahaja dalam masyarakat yang mahu meningkatkan kemahiran diri.
  1. Institusi ini tidak mensasarkan mana-mana kelompok Ia adalah sebuah institusi yang terbuka untuk semua.
  1. Sesiapa sahaja yang belum bekerja, dan mahu menambah kemahiran diri. Kolej komunitilah tempatnya.
  1. Sesiapa sahaja yang sudah bekerja, namun mahu meningkatkan nilai tambah dan kebolehpasaran dalam dunia pekerjaan, maka kolej komunitilah tempatnya.
  1. Sesiapa sahaja yang sudah mempunyai kelayakan, namun ingin menambah kelayakan, maka Kolej Komunitilah tempatnya.
  1. Sesiapa sahaja yang tidak pernah mempunyai apa-apa kelayakan, namun ingin mempunyai sijil pertama, maka Kolej Komunitilah tempatnya.
  1. Ia harus menjadi institusi pilihan untuk semua yang mahu melengkapkan dirinya dengan kemahiran baharu atau memperbaharui kemahiran lama. Sekali gus meningkatkan kapasiti dan nilai diri.
  1. Kedua, kolej komuniti adalah pusat memberi peluang kedua.
  1. Kita harus akui. Ramai sahaja di luar sana yang sebenarnya tidak terus melanjutkan pengajian ke institusi pendidikan tinggi seperti universiti dan politeknik selepas meninggalkan bangku sekolah.
  1. Ada banyak sebab mengapa keadaan tersebut berlaku.
  1. Kekangan kewangan. Tiada minat. Tarikan alam pekerjaan selepas sekolah menengah. Banyak lagi.
  1. Biar apa pun alasannya, perkara tersebut tidak menjadi hal.
  1. Yang penting, apabila mereka yang sebelhum ini tercicir, atau memutuskan untuk tidak terus mendapat pendidikan tinggi selepas alam persekolahan, Kolej Komuniti adalah institusi yang mesti bersedia memberikan peluang kedua yang diperlukan.
  1. Khususnya kepada mereka yang tidak layak untuk memasuki universiti atau politeknik.
  1. Hanya kerana mereka tidak layak untuk memasuki politeknik atau universiti, ia sama sekali tidak pernah bermakna yang mereka tidak berbakat, tidak berkemahiran atau tidak minat untuk belajar dan memajukan diri.
  1. Jadi, Kolej Komuniti mesti menjadi tempat mengasuh dan membimbing golongan seperti ini.
  1. Atas sebab itulah, antara dasar yang kita ingin terus perluaskan adalah untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai pusat yang memberikan pendedahan serta kelayakan awal kepada mereka yang sebelum ini tidak mempunyai apa-apa langsung kelayakan atau latihan.
  1. Ada dua sasaran utama mengapa kita melakukan perkara tersebut.
  1. Pertama ia akan memberi kemahiran berguna yang seterusnya akan meningkatkan nilai tambah yang besar kepada mereka sekiranya mereka ingin memasuki alam pekerjaan.
  1. Kedua, sijil-sijil yang dikeluarkan oleh Kolej Komuniti akan menjadi asas yang kuat untuk mereka yang tidak mempunyai kelayakan ini diterima masuk ke politeknik kelak sekiranya mereka berminat untuk menyambung pelajaran.
  1. Ada beberapa kelebihan yang menjadikan Kolej Komuniti sebagai pusat terbaik dalam memberi peluang kedua kepada masyarakat.
  1. Pertama, open enrolment policy, iaitu dasar pengambilan yang terbuka dan tidak ketat.
  1. Seperti yang kita tahu, Kolej Komuniti tidak memberi penekanan kepada kelayakan sebelumnya. Tiada kelayakan sebelum ini? Tiada masalah. Boleh sahaja masuk.
  1. Kedua, yuran yang sangat murah.
  1. Ketiga, tidak memerlukan penginapan kerana ia adalah di dalam komuniti setempat.
  1. Keempat, kursus yang bersifat praktikal dan singkat.
  1. Kelima, kandungan program yang sangat anjal dan boleh disesuaikan mengikut keperluan peserta.
  1. Jadi, selepas ini, saya sangat berharap yang Kolej Komuniti akan lebih proaktif dan agresif dalam mengesan anak-anak muda kita yang tidak mempunyai kelayakan untuk diajak masuk dan dilatih dalam Kolej Komuniti.
  1. Jadikan institusi ini sebagai tempat mencungkil bakat mereka dan menanam minat untuk terus memajukan diri.

Hadirin yang saya hormati,

  1. Penegasan ketiga yang ingin saya kongsikan, adalah betapa kolej komuniti mesti menjadi pelonjak atau agen pemangkin kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat sekeliling.
  1. Ada sebab yang besar mengapa kita memanggil kolej komuniti ini sebagai kolej komuniti. Bukan sekadar kolej kemahiran, atau kolej vokasional.
  1. Kerana, elemen dan fokus terbesar dalam kewujudan sesebuah kolej komuniti adalah komuniti setempat di sekelilingnya.
  1. Sebab itu, ia mesti menjadi satu pusat meletakkan kepentingan dan kekuatan masyarakat sekeliling sebagai fokus utama.
  1. Misi besar Kolej Komuniti adalah penghakupayaan masyarakat setempat.
  1. Ia mesti menjadi institusi yang memberi nilai tambah kepada masyarakat sekeliling menerusi pelbagai program kemahiran yang ditawarkan.
  1. Ia mesti menjadi platform yang mengubah A life changing platform.
  1. Apabila kapasiti dan kemahiran masyarakat bertambah baik, keupayaan mereka untuk menyertai aktiviti ekonomi akan menjadi lebih Perkara tersebut secara langsung akan membantu memberikan mereka kehidupan yang lebih baik.
  1. Jadi, kita tidak boleh sama sekali memandang remeh dan rendah fungsi serta peranan kolej Komuniti.
  1. Malah, institusi ini mesti terus Ia menggalas agenda negara yang bukan kecil sifat dan cakupannya.
  1. Ia mesti menjadi nadi masyarakat setempat. Ia mesti menjadi pilihan kepada semua pihak tanpa mengira umur, latar belakang pendidikan serta status sosial.
  1. Malah, ia mesti menjadi salah satu daripada penyelesaian kepada isu-isu dalam masyarakat setempat yang berkaitan dengan keupayaan diri dan kemahiran.
  1. Jadi, saya sangat dan pihak kementerian sangat berharap yang Kolej Komuniti akan memandang peranan dan mandatnya dengan lebih serius dan besar.
  1. Sentiasalah meneroka pelbagai strategi dan kerjasama baharu. Agar program dan persijilan yang ditawarkan lebih menarik, terkini dan memberi manfaat besar kepada masyarakat sekeliling.
  1. Malah, ambillah inisiatif untuk mengesan dan mendekati seramai mungkin masyarakat setempat yang memerlukan lonjakan dalam Yakinkan mereka untuk menyertai Kolej Komuniti demi mengubah dan menambah baik kehidupan.
  1. Saya percaya, dengan pelantikan pengerusi pada hari ini, Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti Dalam Negeri Sembilan akan berupaya membawa banyak input dan saranan penting.
  1. Dengan kepimpinan yang baik, adalah menjadi harapan kita agar Kolej Komuniti kita terus menjadi agen berkesan yang berupaya menambah baik masyarakat setempat. Sekali gus menjadi institusi penting dalam sektor pendidikan tinggi negara.

Terima kasih.

Muat Turun:

pdf Teks Ucapan YBM Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Kolej Komuniti (JPENKK) Negeri Sembilan (144 KB)

  • Terakhir dikemaskini pada .
  • Hits: 5597
Logo KPT

Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Tinggi © 2022 Hak Cipta Terpelihara

Kemaskini Terakhir: Jumaat 03 Mei 2024, 17:19:48.