ALC Ke-24 Kukuh Jalinan Kerjasama Malaysia-Brunei

ALC Ke-24 Kukuh Jalinan Kerjasama Malaysia-Brunei
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan (ALC) kali ke-24 antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Kompleks Sri Perdana petang tadi.

ALC edisi kali ini dianjurkan bersempena Lawatan Negara ke Malaysia selama 3 hari oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda (PSB) Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bermula semalam.

Rundingan dua pihak antara Kerajaan Brunei yang diketuai oleh KDYMM PSB Sultan Brunei Darussalam dan Kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim tersebut membincangkan kemajuan kerjasama, isu-isu tertunggak termasuklah hal ehwal serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

Melalui ALC kali ini juga, kedua-dua pemimpin bakal menyaksikan pemeteraian beberapa instrumen dua hala di antara kedua-dua buah negara.

Brunei Darussalam merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia dan rakan dagang ke-6 terbesar di rantau ASEAN dengan jumlah dagangan bernilai RM13.22 bilion (USD2.98 bilion) pada tahun lalu.

Lawatan Negara ini akan dapat mengeratkan lagi jalinan kerjasama antara Kuala Lumpur dan Bandar Seri Begawan yang telah lama terbina.

Kredit Foto: Pejabat Perdana Menteri

  • Last updated on .
  • Hits: 1194
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.