Malaysia - Perancis Kukuhkan Kerjasama Pendidikan Tinggi Melalui Pemeteraian MoU

Malaysia - Perancis Kukuhkan Kerjasama Pendidikan Tinggi Melalui Pemeteraian MoU
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) hari ini telah berbesar hati menerima kunjungan hormat TYT Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia di pejabatnya petang tadi.

Pertemuan tersebut bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan bilateral serta kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam sektor pendidikan tinggi. Turut dibincangkan ialah perancangan untuk memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang Pendidikan Tinggi antara dua buah negara dan dicadangkan untuk ditandatangani pada akhir tahun ini.

Antara lain intipati perbincangan tersebut juga adalah berhubung penganjuran The 2nd Malaysia-France Convention on Higher Education, Research and Innovation yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 18-20 Oktober 2023.

Turut hadir bersama-sama dalam sesi ini ialah YBhg. Datin Noorazah Omar, Setiausaha Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPT.

  • Last updated on .
  • Hits: 1410
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.