Kolaborasi KPT-HCTM Anjur Saringan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Warga KPT

Kolaborasi KPT-HCTM Anjur Saringan Pemeriksaan Kesihatan Percuma Warga KPT
English translation not available for this content.

Dalam usaha untuk memastikan kesihatan semua pegawai kerajaan berada pada tahap yang memuaskan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPT dengan kerjasama Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan pemeriksaan kesihatan komprehensif bagi warga KPT.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, bersama-sama pengurusan tertinggi KPT turut meluangkan masa meninjau dan menjalani pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh HCTM di Dewan Za’ba KPT pada tengah hari tadi.

Perkhidmatan pemeriksaan kesihatan secara percuma bermula hari ini sehingga esok disediakan khas kepada warga KPT yang berumur 40 tahun dan ke atas. Seramai 182 orang pegawai telah melakukan pendaftaran awal bagi mendapatkan perkhidmatan yang disediakan seperti pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI), Ujian Rutin Darah dan Ujian Tekanan Darah.

  • Last updated on .
  • Hits: 1697
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Wednesday 08 May 2024, 14:57:46.