KPT Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024

KPT Bentang Resolusi Pendidikan Tinggi Di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024
English translation not available for this content.

Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Putrajaya International Convention Centre pagi tadi.

Dipengerusikan secara bersama antara Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) serta Kementerian Ekonomi (KE), kongres tiga (3) hari tersebut merupakan platform dalam usaha menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera sambil menerapkan semangat inklusiviti sesama kaum yang lain.

KEB 2024 turut mensasarkan usaha memperluas agihan ekonomi dan mengembangkan lagi ekonomi Bumiputera selaras dengan kerangka ekonomi MADANI.

YAB Timbalan Perdana Menteri berkata, KEB 2024 akan memberi tumpuan kepada 10 kluster yang diketuai pakar bagi setiap bidang dengan semua hasil libat urus yang dibentangkan akan diserahkan kepada YAB Perdana Menteri.

Bagi kluster pendidikan tinggi, Penasihat Pendidikan Tinggi KPT, Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Azlan Ghazali telah membentangkan Resolusi Pendidikan Tinggi Bumiputera yang menyinggung empat (4) tema utama.

Antaranya, akses pendidikan tinggi kaum Bumiputera; penyediaan bakat mahasiswa Bumiputera semasa di universiti; kebolehpasaran graduan Bumiputera; dan penubuhan pusat kajian pembangunan Bumiputera.

Sesi pembentangan pagi tadi telah turut dihadiri Ketua Setiausaha KPT, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang. 

  • Last updated on .
  • Hits: 423
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 30 April 2024, 23:06:49.