#KPTCakna Bukti Kesiapsiagaan Kementerian

#KPTCakna Bukti Kesiapsiagaan Kementerian
English translation not available for this content.

Di Batu Pahat, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT telah menyertai kunjungan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara (KSN) bagi meninjau kerja-kerja pengurusan pasca banjir oleh sukarelawan penjawat awam di sini.

Kunjungan ke Sekolah Kebangsaan Seri Sejati, Seri Medan itu turut disertai oleh para pengurusan tertinggi kementerian, jabatan dan agensi Kerajaan yang lain.

YBhg. Tan Sri Dato' Seri KSN telah menyantuni para sukarelawan yang bertugas serta menyampaikan sumbangan bakul rahmah kepada wakil guru dan masyarakat yang terkesan akibat bencana banjir tersebut

Di kesempatan itu, YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar telah turut meninjau kesan kerosakan yang menimpa beberapa bilik darjah sambil memberikan beberapa cadangan serta kata-kata semangat kepada warga SK Seri Sejati.

KPT yang sentiasa prihatin dengan kemungkinan situasi bencana diakibatkan oleh fenomena Monsun Timur Laut (MTL) telah menubuhkan sebuah jawatankuasa pengurusan bencananya sendiri Oktober tahun lalu yang dianggotai oleh para pemegang taruh di semua jabatan dan agensinya.

Selain itu, KPT turut menggerakkan pasukan sukarelawannya yang terdiri daripada para kakitangan serta pelajar di bawah payung #KPTCakna untuk menaburkan khidmat bakti di daerah Batu Pahat yang terjejas teruk akibat bencana banjir awal Mac lalu.

  • Last updated on .
  • Hits: 2249
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Monday 29 April 2024, 18:21:44.