Skuad #KPTCakna Terus Berbakti

Skuad #KPTCakna Terus Berbakti
English translation not available for this content.

YBhg. Dato' Seri Abdul Razak Jaafar, Ketua Setiausaha KPT hari ini telah menyertai Skuad #KPTCakna yang sedang menjayakan misi sukarelawan pengurusan pasca banjir di Batu Pahat bermula semalam.

Beliau telah meninjau Pusat Perlindungan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pandan yang menjadi lokasi pertama skuad #KPTCakna semalam.

YBhg. Dato' Seri KSU telah diberi taklimat sambil meninjau keadaan PPS tersebut yang telah dibersihkan hasil kerjasama sukarelawan KPT agar ia dapat dibuka untuk sesi persekolahan seperti sediakala.

Beliau juga berkesempatan ke PPS SK Seri Aman untuk menyampaikan sumbangan bakul rahmah kepada 51 keluarga yang masih lagi berlindung di situ.

Selain itu, beliau turut meluangkan masa untuk menikmati juadah makan tengah hari bersama para penghuni PPS tersebut yang telah disediakan oleh para sukarelawan #KPTCakna.

Seramai 33 orang sukarelawan KPT yang terdiri daripada Jabatan Pendidikan Tinggi, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia telah menjayakan misi #KPTCakna kali ini.

  • Last updated on .
  • Hits: 2325
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Saturday 04 May 2024, 16:50:23.