Malaysia-Rusia Bincang Perkukuh Kerjasama Strategik Bidang Pendidikan Tinggi

Malaysia-Rusia Bincang Perkukuh Kerjasama Strategik Bidang Pendidikan Tinggi
English translation not available for this content.

Hubungan baik antara Malaysia dan Rusia semenjak perjanjian perdagangan dimeterai pada 3 April 1967 telah menyaksikan negara mendapat manfaatnya.

Selain ekonomi dan sains, bidang pendidikan tinggi turut menjadi pengikat hubungan bilateral yang utuh antara kedua-dua negara selama ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin yang kini di Rusia untuk menghadiri KazanForum 2023 telah berkesempatan untuk membuat pertemuan rasmi dengan Timbalan Menteri Sains dan Pendidikan Tinggi Russia, Gatiyatov Airat semalam

Hasil pertemuan tersebut telah membuahkan persetujuan kepada kedua-dua negara untuk mengusahakan sebuah perjanjian persefahaman bagi memperkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Moscow.

  • Last updated on .
  • Hits: 1544
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Thursday 02 May 2024, 17:12:18.