Malaysia-Tartastan Bincang Kerjasama Saintifik Dunia Islam

Malaysia-Tartastan Bincang Kerjasama Saintifik Dunia Islam
English translation not available for this content.

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin telah meneruskan lawatan kerjanya ke Rusia pula semalam bagi menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa ke-14 "Rusia-Dunia Islam: KazanForum" yang diadakan di Republik Tartarstan, Rusia.

Setibanya di sana, YB Menteri telah mengambil kesempatan untuk membuat kunjung hormat ke atas Presiden Republik Tartastan, TYT Rustam Minnikhanov.

Kedua-dua mereka telah membincangkan kesediaan Malaysia untuk membangunkan keupayaan Tartastan dalam sektor halal dan sistem perbankan serta kewangan Islam melalui kepakaran yang dimilili oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Selain itu, kedua-dua pihak turut membincangkan usaha sama dari aspek penyelidikan dan kajian saintifik melibatkan golongan cerdik pandai dari seluruh negara-negara Islam.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, YBhg. Dato' Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian; Naib Canselor USIM, YBhg. Profesor Dato’ Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani; dan Pengerusi Education Malaysia Global Services (EMGS), YBrs. Dr Abdul Razak Ahmad.

  • Last updated on .
  • Hits: 2008
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Saturday 04 May 2024, 16:50:23.