MPP Politeknik Kota Kinabalu Terima Sumbangan 10,000 Untuk Aktiviti Pelajar

MPP Politeknik Kota Kinabalu Terima Sumbangan 10,000 Untuk Aktiviti Pelajar
English translation not available for this content.

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Politeknik Kota Kinabalu (PKK) telah menerima sumbangan RM 10,000 dari YB Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bagi melaksanakan aktiviti untuk para pelajar.

YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud telah menyerahkan sumbangan tersebut ketika menyempurnakan program Ihya Ramadan PKK di Pusat Islam PKK di sini semalam.

Kunjungan beliau telah disambut kira-kira 1400 orang pelajar dan juga kakitangan PKK, yang seterusnya diteruskan dengan berbuka puasa serta solat fardu berjemaah.

Ketika di situ, YB Datuk Ts. Mustapha turut berkongsi secebis nasihat dan semangat untuk para pelajar kekal fokus capai kecemerlangan akademik dan sahsiah mereka.

Beliau berharap agar pencapaian tersebut mampu membawa kemajuan ekonomi serta kesejahteraan kepada negara.

YB Timbalan Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada kira-kira 46 orang asnaf yang terdiri daripada para pelajar PKK. 

  • Last updated on .
  • Hits: 304
MoHE Logo

Ministry of Higher Education Official Portal © All Rights Reserved

Last Modified: Tuesday 30 April 2024, 23:06:49.